Dia Seorang Guru dan Rakan Ku
Tuesday, 22 October 2013 | 08:47 | 0 comments
Assalamualaikum.
Pada post ini ingin ku ceritakan tentang seorang yang banyak membentuk nilai-nilai positive dalam kehidupanku..Beliau seorang guru kaunseling. Perkenalan yang sangat singkat hanya setahun lapan bulan sahaja sudah membuat Nurul rasa sangat beruntung mengenali beliau. Beliau tidak seperti guru-guru lain. Kelembutan beliau tutur katanya penuh berhikmah. Keperibadiannya sangat menarik hatiku. Waktu tu Nurul masih dalam tingkatan satu baru masuk sekolah lah kiranya. Tapi kami kenal hanya sekadar murid dan guru sehinggalah sesuatu yang terjadi pada Nurul hingga buat Nurul rasa down giler jadi satu hari saya datang berjumpa dengan guru kaunseling tu waktu tu tak fikir nak share segala-galanya dengan cikgu ni tapi beliau still boleh menasihati lagi.. Hari demi hari berlalu dan Nurul sudah boleh share macam-macam cerita dengan beliau sehingga kami menjadi semakin akrab dah macam seorang kawan. Segala masalah melanda dia lah puan penasihat. Ingat lagi setiap kali jumpa belia dalam bilik kaunseling mesti waktu tu beliau tengah dengar radio ikim fm. Since tulah minat nak dengar radio ikim fm..Hari demi hari berlalu sehingga Nurul cakap dengan cikgu tu Nurul suka pada keperibadian beliau dan kalau boleh nak jadi macam beliau.. Maka beliau memberikan pelbagai buku untuk Nurul jadikan rujukan sehingga Nurul dapat apa yang Nurul cari selama ini. Tapi baru permulaan sudah terpaksa pindah sekolah dan rumah.. Masa tu Allah je tahu bertapa sedihnya hati bila jauh dengan kawan-kawan dan terutamanya cikgu tu.. Sekali lagi diri ni rasa down sangat.. Kehadiran mesej dari cikgu tu buat Nurul bangkit semula. Cikgu sarankan Nurul banyak membaca buku motivasi supaya tak rasa down sangat. Itu lah cerita seorang guru yang memandang pelajarnya sebagai kawan. Dia pemangkin semangat dia penenang jiwa sehingga kini tiada penggantinya. Ya beliau adalah Puan Siti Naimah.Dari dialah saya temui apa yang saya cari. Dan dari beliau lah saya kenal kak Hasnor dan melalui beliau jugak lah saya mengenali ikram.. Kepada guru ku Puan Siti Naimah andalah salah satu dari sumber inspirasiku.
* ayat yang paling nurul ingat hingga ke hari ini: doakan kebaikan semua orang tatkala lepas solat Insya Allah, Allah akan bagi kepada kita dahulu baru orang yang kita doakan.. Dan yang terakhir kejahatan dibalas kebaikan itu mulia sebab Rasulluah S.A.W pun buat yang sama hingga ramai peluk islam kerana sifat beliau..
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA BOLEH TINGGALKAN KOMEN UNTUK SAYA MANTAPKAN LAGI PENULISAN SAYA.