[close]
Step here , just behave yourself .+Follow | Dashboard
♥ Little Paris ♥

LOVE YOU TO THE STAR (2)
Sunday 21 September 2014 | 11:55 | 0 comments
  Tapi whatapps itu dibiarkan sepi. Sehinggalah pada jumaat pagi ketika kelas PM tiba-tiba masuk whatsapps dari mamat tersebut.

   "sorry le aku bukan sombong arh baru ade data maklumlah data celcom mahal" kata Izzulfikri memulakan whatappsnya
   "owh. aku ingat ko ni sombong giler" jawab si nurul
   "asal ko whatapps aku?" tanya si Izzulfikri
   "ekh saje je yelah aku tengok ko je yang tak involve group whatsapps tu aku tanya". balas ku lagi
   "ke ko rindu kat aku". Kali ini soalan mamat ni macam agak sedikit menjerat
   "rindu???motif aku nak rindu kat ko??". Nurul cuba bersahaja
   "yelah aku kan selalu kacau ko mane tau ko rindu nak kene sakat ngan aku". Balas si Izzulfikri tak mahu kalah
   "hurm lebih kurang lah kot". Akhirnya terpaksalah si gadis genit itu beralah

*********************************************************************************

   Whatapps terhenti kerana aku terpaksa bersiap untuk pulang ke rumah tercinta (Orang cakap sweet home) serta keadaan si jejaka tu yang kurang sihat. Aku menyangka whatapps kami hanyalah sampai setakat itu sahaja rupanya berlarutan sampai ke mesej pula. Itu pun kami mula mesej apabila setibanya aku di rumah kakak angkat ku (kakak usrah). Tingkah laku aku menjadi kemusykilan pada kak lia sebab balas mesej sambil tersengih(dah macam orang angau hahaha). Sambil balas mesej sambil menemani kakak angkat menanda buku anak muridnya. Sampai tertidur jugak aku akhirnya.

    Pagi-pagi lagi mamat sorang tu mintak maaf sebab tak reply mesej. Manakala aku takda lah ambil serius sangat pun. Mesej pagi tu kami lebih banyak bergurau je lah. takdelah macam mase kat kem kalau jumpa si mamat ni mesti cari pasal. Masa kat kem si mamat ni lebih kepada annoying giler. Tapi bile dah habes kem dah tak jumpe si mamat sorang ni lebih kepada sifat prihatin lah. Entah macam mana terdetik pulak nak tanya mamat bernama Izzulfikri tu sebab jadi pelik lahkan selalu sangat mesej risau jugak kalau-kalau kene serang dengan si buah hati mamat tu. "wei aku nak tanye satu soalan je ko kita ni rajin mesej kan, makwe ko tak marah ke? bukan ape takut nanti aku kene serang pulak ngan makwe ko". ujar aku berbahasa basi

   "makwe aku tak marah le dia tak tahu". Jawab si Izzulfikri
   "owh ade makwe lah ni? alamak kecewanya aku. Nada sedikit bergurau.
   "mane aku ade makwe,sape lah nak kat aku ni."(mula nampak ayat sedih disitu).
   "serius ke ko takde makwe? tak jadi kecewe lah macam ni." Nada bergurau (tapi mungkin terasa lega disitu.tak de lah kene serang tak pasal-pasal ye tak?)

    Tatkala sedang menikmati sarapan pagi juadah yang disediakan oleh kak Lia tiba-tiba masuk satu mesej dari mamat tersebut. Dalam hati terdetik "ingat mamat ni merajuk ke kan balas lambat sekali buka mesej ambik ko nasib baik tak tersedak makan nasi empit dan rendang buatan kak Lia.

    "aku tau ko mesti frust kalau aku ade makwe kan? jadi aku taknak kau frust, memandangkan aku pun kosong lagi jom couple" bunyi mesej tesebut.

    Mana tak terkejut dapat mesej macam tu punya brutal mintak couple. Serius tak pernah dibuat orang kot atau mungkin ade yang buat tapi aku je tak ambil pusing sangat. Lama jugak otak aku ni nak memproses ape yang cuba di sampai kan. Akhirnya aku hanya mampu membalas "ko ni serius ke main-main wei dengan ape yang cuba kau sampaikan". ujar ku kepada si mamat annoying tu

    Jawapan yang ringkas dari pada si dia "aku serius". Apa lagi tak keruan lah aku dibuatnya. Lantas jejari ini pantas menaip "ko nak jawapan segera ke lama lagi". Tak sampai 5minit mesej di balas dan jawapan si mamat annoying tu "secepat yang mungkin". Betul-betul punya express dia nak jawap. Akhirnya,kata putus pun dibuat jawapan yang diberikan simple dari diriku "okay". Padahal muka merah tahan malu punya pasal. hahaha.. tak sangka sebuah gurauan akhirnya betul-betul terjadi..

BERSAMBUNG
LOVE YOU TO THE STAR (1)
Saturday 20 September 2014 | 09:26 | 0 comments
Pertemuan yang tak disengajakan  membawa kepada satu perasaan asing yang sukar digambarkan. Namun itulah suratan takdir. Perkenalan yang cukup singkat bermula apabila mereka menghadirkan diri dalam sebuah kem jati diri.
       Pagi itu sewaktu kuliah OSHA sedang berlangsung, tiba-tiba "bizz-bizz" berlaku lah 'vibration' pada meja kuliah tersebut. Lantas tangan menyemak masej whatapps dari group. "perhatian kepada semua protege mpp, pada sabtu ini akan diadakan kem jati diri di sungai rambai jadi sesiapa yang berminat sila bagi nama anda,ic pada pengerusi". Dengan pantas jejari halus itu membalas 'baik saya berminat lepas kuliah saya hantar nama'. 
        Seperti yang di janjikan selepas kuliah OSHA tamat gadis bertubuh genit itu pun menghantar namanya pada pengerusi. "Nak buat macam mana dari tinggal sorang dalam kamsis baik pergi kem, nak balik ibu tak bagi balik". Bisik hati si gadis genit itu.
       Pada Jumaat malam mereka seramai 6orang kesemuanya telah dipesan untuk aktiviti pada Sabtu pagi sehingga Ahad tengah hari.

23 Ogos 2014

       Seawal 8.00 pagi mereka telah berkumpul di bilik MPP. Kemudian mereka bertolak ke Kem Jati Diri,Sungai Rambai. Setibanya di sana mereka dihidangkan sarapan pagi dan di bahagi mengikut kumpulan. Setiap kumpulan akan dicampurkan kesemua IPTA/IPTS satu kumpulan akan ada 10 orang ahli. Setelah itu,program mereka dimulakan dengan icebreaking di mana mereka perlu memperkenalkan diri mereka. "nama diberi Nurul Saaadiah binti Hasin. Boleh panggil Nurul. Asal  dari Johor". Ujar si gadis genit itu. kemudian aktiviti kem diteruskan lagi dengan latihan dalam kumpulan dan sebelah petangnya sesi explorace. Sungguh ini pengalaman yang tak dapat dilupakan di mana mereka di rendam dalam kolam ikan kemudian didenda dengan lumpur diikuti dengan kene rendam dalam parit dan pengalaman paling tak dapat dilupakan adalah kutip getah skrub. Kalau sebelum ini hanya tahu kebun getah tu dalam televisyen tapi pada hari ini Nurul berpeluang pegang getah skrub tu. Melalui kutib getah skrub inilah seorang pemimpin diajar bahawa nak jadi orang yang berjaya bukan senang dan ada diantara pemimpin yang merasai kehidupan sewaktu kecil ibu dan bapa mereka menyara mereka dengan kerja keras seperti bekerja dikebun getah. Mereka jugak didedahkan dengan aktiviti sungai asid dimana mereka dibekalkan dengan 4 keping tikar yang sudah dikerat. Dalam permainan ini mereka diajar cara-cara berfikiran kreatif dan bersatu padu serta nilai kasih sayang antara pasukan. Kenangan seterusnya apabila mereka diminta memegang belut dah dipindahkan ke baldi yang lain. Di sini mereka diajar menghilangkan perasaan geli dan takut serta tak yakin diri.

24 Ogos 2014

   Hari ini merupakan hari terakhir mereka dan mereka akan pulang ke IPTA/IPTS masing-masing. Dan apa yang berlaku pada mereka sepanjang 2hari 1malam akan menjadi kenangan yang tidak akan dapat dilupakan dan tak akan berulang kembali. Saat-saat terakhir inilah mereka gunakan untuk menyalin semua no telefon antara satu sama lain.(ayat tak boleh bla kan?tapi normal kot hampir semua kem macam ni). Ada diantara mereka yang minta mutiara kata siap tandatangan lagi. Program kem pun sampai kepada penghujungnya. Waktu terasa amat singkat. Kesemuanya pulang ke IPTA?IPTS masing-masing dengan kenderaan yang telah disediakan pihak IPT mereka.

*********************************************************************************

   Setibanya, di kamsis aku merasakan sesuatu yang tak pernah aku alami. Ya ada sesuatu yang hilang yang telah dibawa pergi setelah tamatnya kem tersebut. Perasaan rindu kepada semua dalam  group lebah. Rasa macam tak meriah je. Lantas, si gadis mencapai handphone nya lalu whatapps kepada ketua group yang kebetulan juga merupakan  MPP di pusat pengajian yang sama.

"salam. abang Fik, Nurul nak bagi cadangan je boleh tak kita tubuhkan group whatapps kumpulan lebah tu pun klu abang Fik tak kisah. Tapi abang Fik admin groupnya lah".

"waalaikumslm. boleh jer." jawab abang Fik ringkas.

"sat lagi nurul bagi nombor telefon ahli group kat abang Fik."

    Setelah nombor telefon diberikan masuklah mereka dalam group tersebut dan ukhwah terbina berterusan tapi ada seseorang yang teramatlah sombong balik dari kem tak reti nak menunjukkan diri dalam whatapps group, hampir seminggu jugak lah. Lalu si Nurul pun whatapps personal pada mamat sorang tu. Tapi whatapps itu dibiarkan sepi. sehinggalah......

BERSAMBUNG
All about me
| 01:24 | 0 comments
Assalamualaikum w.b.t
   Nama Diberi Nurul Saadiah binti Hasin  
lahir pada April 1994
mengambil bidang elektronik komunikasi
anak ke-7 
All about me:
1. saya seorang yang pendiam dengan mereka yang tak dikenali
2. seorang yang tegas dan serius 
 3. seorang yang suka aktiviti lasak
4. suka akan cabaran 
5. suka subject science berbanding mengira
6. seorang yang suka menulis tinta 
7. adakala gila-gila
8. suka pada warna biru dan hijau.
9.suka mencuba ssuatu yang baru terutama dalam memasak
10.seorang yang teramat suka membaca novel. thats why i like to write.
11.tak suka pada benda yang menyakitkan atau pun keganasan
12. pencinta kedamaian
13. seorang yang amat cerewet dalam bab makanan. itu tak makan ini tak maka.(alergik)
14. seorang pendengar,serta seorang yang memberi nasihat jika diminta.  

word from me  ♥kau♥muzik♥hatiku♥



nice to meet you guys
Alhamdulillah
Saturday 28 December 2013 | 08:07 | 0 comments
Assalamualaikum.

Andai ini cara yang terbaik biarlah ia menjadi rahsia kekal menjadi rahsia. Andai satu hari nanti aku tersasar jauh kau berikanlah aku petunjuk dah hidayah mu agar aku sentiasa berada dalam keredaan dan rahmat mu. Andai nanti aku jatuh jangan Engkau biarkan jatuh ku menyakitkan kerana aku bimbang aku tak cukup kuat menghadapi kesakitan iti. Allah andai kau ambil nyawaku ambillah dalam keadaan husnul khatimah supaya aku dapat merasai nikmatnya sebuah kematian. Allah aku hamba mu yang berlumur dosa yang sentiasa alpa walhal kau tidak sedikit pun melupakan aku malah kau beriku peluang untuk perbaikinya. Syukur ku panhatkan. Allah disaat aku benar - benar ingin berubah kau hadirkan mereka untuk membantuku. Kau permudahkan urusan ku. Dah tatkala aku merasa sakit dan hampir putus asa kau hadirkan dia. Ya, dia lah rahsiah hati ku terkunci rapat serapatnya. Thank you Allah. Ye Allah tak beri apa kita nak tapi Allah beri apa yang kita perlu..
Dia Seorang Guru dan Rakan Ku
Tuesday 22 October 2013 | 08:47 | 0 comments
Assalamualaikum.

Pada post ini ingin ku ceritakan tentang seorang yang banyak membentuk nilai-nilai positive dalam kehidupanku..Beliau seorang guru kaunseling. Perkenalan yang sangat singkat hanya setahun lapan bulan sahaja sudah membuat Nurul rasa sangat beruntung mengenali beliau. Beliau tidak seperti guru-guru lain. Kelembutan beliau tutur katanya penuh berhikmah. Keperibadiannya sangat menarik hatiku. Waktu tu Nurul masih dalam tingkatan satu baru masuk sekolah lah kiranya. Tapi kami kenal hanya sekadar murid dan guru sehinggalah sesuatu yang terjadi pada Nurul hingga buat Nurul rasa down giler jadi satu hari saya datang berjumpa dengan guru kaunseling tu waktu tu tak fikir nak share segala-galanya dengan cikgu ni tapi beliau still boleh menasihati lagi.. Hari demi hari berlalu dan Nurul sudah boleh share macam-macam cerita dengan beliau sehingga kami menjadi semakin akrab dah macam seorang kawan. Segala masalah melanda dia lah puan penasihat. Ingat lagi setiap kali jumpa belia dalam bilik kaunseling mesti waktu tu beliau tengah dengar radio ikim fm. Since tulah minat nak dengar radio ikim fm..Hari demi hari berlalu sehingga Nurul cakap dengan cikgu tu Nurul suka pada keperibadian beliau dan kalau boleh nak jadi macam beliau.. Maka beliau memberikan pelbagai buku untuk Nurul jadikan rujukan sehingga Nurul dapat apa yang Nurul cari selama ini. Tapi baru permulaan sudah terpaksa pindah sekolah dan rumah.. Masa tu Allah je tahu bertapa sedihnya hati bila jauh dengan kawan-kawan dan terutamanya cikgu tu.. Sekali lagi diri ni rasa down sangat.. Kehadiran mesej dari cikgu tu buat Nurul bangkit semula. Cikgu sarankan Nurul banyak membaca buku motivasi supaya tak rasa down sangat. Itu lah cerita seorang guru yang memandang pelajarnya sebagai kawan. Dia pemangkin semangat dia penenang jiwa sehingga kini tiada penggantinya. Ya beliau adalah Puan Siti Naimah.Dari dialah saya temui apa yang saya cari. Dan dari beliau lah saya kenal kak Hasnor dan melalui beliau jugak lah saya mengenali ikram.. Kepada guru ku Puan Siti Naimah andalah salah satu dari sumber inspirasiku. 
* ayat yang paling nurul ingat hingga ke hari ini: doakan kebaikan semua orang tatkala lepas solat Insya Allah, Allah akan bagi kepada kita dahulu baru orang yang kita doakan.. Dan yang terakhir kejahatan dibalas kebaikan itu mulia sebab Rasulluah S.A.W pun buat yang sama hingga ramai peluk islam kerana sifat beliau..


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA BOLEH TINGGALKAN KOMEN UNTUK SAYA MANTAPKAN LAGI PENULISAN SAYA.